Selamat Datang Ke Blog Saya

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
D20102046027

Monday, 4 February 2013

Bahasa Malaysia Tahun 1- Roda Huruf Besar

BBM ini sesuai untuk murid LINUS Literasi mempelajari huruf besar. Terima kasih kepada pemilik bahan ini iaitu Mat Zaidi Dahalan.

KLIK DI SINI

Saturday, 28 April 2012

Badan Cergas

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sekeping gambar situasi dan kad-kad perkataan yang sepadan dengan gambar tersebut. Ahli-ahli kumpulan menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat yang betul sesuai dengan gambar. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil tugasan di hadapan kelas dengan ahli-ahlinya memegang kad-kad tadi mengikut susunan yang betul. Semua murid membaca ayat yang telah dibina.

Makanan Seimbang

Isi slaid ini diambil daripada buku teks cuma ia telah ditambahbaik dengan menggunakan gambar-gambar sebenar (bukan gambar lukisan)dan dilengkapkan dengan nama-nama makanan tersebut yang ditaip menggunakan dua warna berbeza bagi mengasingkan setiap suku kata. Ini bertujuan membimbing murid-murid mengeja perkataan-perkataan tersebut dengan tepat. Sebagai aktiviti susulan, guru bolehlah mengadakan aktiviti Ejaan iaitu murid mengambil imlak perkataan yang didengari.



Simpan dengan Selamat

Kad-kad perkataan ini digunakan dalam aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan akan menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat yang betul sesuai dengan tajuk simpan dengan selamat. Bagi mempersembahkan hasil tugasan tersebut, setiap ahli kumpulan akan memegang satu kad perkataan dan berdiri di hadapan kelas mengikut susunan yang betul. Semua murid akan membaca ayat yang telah dibina.



Tuesday, 22 November 2011

ASPEK TATABAHASA


Kata Kerja

1. Baca ayat di bawah dan sebutkan kata kerja yang terdapat padanya.
  •     Ibu Hani tanam pokok mangga.
  •     Bapa Alif siram anak pokok ciku.
  •     Tok Wan kait buah rambutan yang masak ranum.
  •     Kakak kutip buah manggis yang jatuh ke tanah.
  •     Abang beli pisang di pasar.
  •     Pak Mail baru pulang dari kebun.  
2. Bina ayat sendiri daripada kata kerja yang disebutkan di atas.
    tanam
    ______________________________________________
       siram
       ___________________________________________________________________

       kait
       ___________________________________________________________________
    kutip
       ___________________________________________________________________

      beli
       ___________________________________________________________________

    pulang
      ___________________________________________________________________