Selamat Datang Ke Blog Saya

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
D20102046027

Saturday 28 April 2012

Badan Cergas

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sekeping gambar situasi dan kad-kad perkataan yang sepadan dengan gambar tersebut. Ahli-ahli kumpulan menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat yang betul sesuai dengan gambar. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil tugasan di hadapan kelas dengan ahli-ahlinya memegang kad-kad tadi mengikut susunan yang betul. Semua murid membaca ayat yang telah dibina.

Makanan Seimbang

Isi slaid ini diambil daripada buku teks cuma ia telah ditambahbaik dengan menggunakan gambar-gambar sebenar (bukan gambar lukisan)dan dilengkapkan dengan nama-nama makanan tersebut yang ditaip menggunakan dua warna berbeza bagi mengasingkan setiap suku kata. Ini bertujuan membimbing murid-murid mengeja perkataan-perkataan tersebut dengan tepat. Sebagai aktiviti susulan, guru bolehlah mengadakan aktiviti Ejaan iaitu murid mengambil imlak perkataan yang didengari.



Simpan dengan Selamat

Kad-kad perkataan ini digunakan dalam aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan akan menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat yang betul sesuai dengan tajuk simpan dengan selamat. Bagi mempersembahkan hasil tugasan tersebut, setiap ahli kumpulan akan memegang satu kad perkataan dan berdiri di hadapan kelas mengikut susunan yang betul. Semua murid akan membaca ayat yang telah dibina.