Selamat Datang Ke Blog Saya

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
D20102046027

Tuesday, 22 November 2011

ASPEK TATABAHASA


Kata Kerja

1. Baca ayat di bawah dan sebutkan kata kerja yang terdapat padanya.
  •     Ibu Hani tanam pokok mangga.
  •     Bapa Alif siram anak pokok ciku.
  •     Tok Wan kait buah rambutan yang masak ranum.
  •     Kakak kutip buah manggis yang jatuh ke tanah.
  •     Abang beli pisang di pasar.
  •     Pak Mail baru pulang dari kebun.  
2. Bina ayat sendiri daripada kata kerja yang disebutkan di atas.
    tanam
    ______________________________________________
       siram
       ___________________________________________________________________

       kait
       ___________________________________________________________________
    kutip
       ___________________________________________________________________

      beli
       ___________________________________________________________________

    pulang
      ___________________________________________________________________











Saturday, 15 October 2011

Cerita Sang Kancil dan Monyet


Video ini juga sesuai dijadikan bahan pembelajaran yang menarik. Minta murid menyenaraikan nama buah-buahan yang ada dalam cerita ini. Penerapan nilai murni juga boleh dibuat dengan jelas dan tepat.

Contoh soalan:
1.  Senaraikan 5 nama buah-buahan yang terdapat dalam cerita ini.
      i)  _________________
     ii)  _________________
    iii)  _________________
    iv)  _________________
     v)  _________________

2.  Apakah nilai-nilai murni yang ada pada Sang Kancil dan Kura-kura?
     ___________________________________________________________________________

Wednesday, 5 October 2011

http://www.toolsforeducators.com.




Laman web yang menyediakan kemudahan secara percuma untuk para guru membina pelbagai jenis  lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang menarik. Berikut adalah antara jenis-jenis lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang boleh dibuat di laman web ini. Bagi menyediakan bahan pengajaran atau lembaran kerja Bahasa Melayu, guru perlulah mengedit dahulu mana-mana bahagian yang tertulis dalam Bahasa Inggeris kerana laman web ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaiannya.
Dadu Gambar Sayur-sayuran dan Dadu Nama Sayur-sayuran

Papan Permainan Sayur-sayuran
Lembaran Kerja Cari Perkataan Tersembunyi

Teka Silang Kata Nama Sayur-sayuran



Monday, 26 September 2011

Gambar dan Lagu Buah-buahan Tempatan

Aktiviti pembelajaran murid berdasarkan video:
1.  Sebutkan nama buah-buahan yang terdapat dalam video.
Jawapan:
  •                 ciku
  •                 manggis
  •                 durian
  •                 kelapa
  •                 rambutan
  •                 cempedak
  •                 jambu batu
  •                 belimbing
  •                 langsat
  •                 pulasan
  •                 duku
  •                 nangka
  •                 pisang
  •                 mangga
2.  Murid mengeja setiap perkataan tersebut.
3.  Murid mengambil imlak nama buah-buahan yang disebut oleh guru dan mencatatnya di dalam buku latihan.
4. Murid membina ayat mudah bagi mana-mana lima buah-buahan yang dipilih berdasarkan ciri-cirinya.
Contoh ayat:
  •         Kulit pisang berwarna kuning.
  •         Buah kelapa berkulit licin dan berwarna hijau.
  •         Isi ciku berwarna perang.
  •         Buah belimbing berbentuk seperti bintang.
  •         Buah jambu batu ada banyak biji yang kecil.












Tuesday, 20 September 2011

LIRIK LAGU MUSIM BUAH-BUAHAN

Pembetulan: terdapat kesalahan ejaan pada perkataan  'duria' yang sepatutnya ialah 'durian'.
TEMA: Mari Bertani
TAJUK: Buah-buahan Tempatan
SUBTAJUK: Musim Buah-buahan
HASIL PEMBELAJARAN:
       Fokus Utama:  Standard Kandungan: 4.1                          Standard Pembelajaran: 4.1.2
       Fokus Sampingan: Standard Kandungan: 1.5                     Standard Pembelajaran: 1.5.1
OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran, murid mampu:
       1. menyebut seni kata dan menyanyikan lagu Musim Buah-buahan.
       2. bercerita sekurang-kurangnya tentang 3 buah-buahanyang terdapat dalam lagu.

Musim Buah-buahan